Classroom of the Elite

 Classroom of the Elite (Bilik Darjah Golongan Elit) (ようこそ実力至上主義の教室へ, Yōkoso Jitsuryoku Shijō Shugi no Kyōshitsu e, Selamat Datang ke Bilik Darjah yang Mengutamakan Merit) merupakan sebuah siri novel ringan, yang ditulis oleh Shōgo Kinugasa dan diilustrasikan oleh Shunsaku Tomose yang diterbitkan dari Mei 2015 hingga September 2019 di bawah imprin Media Factory MF Bunko J. Sebuah siri novel ringan susulan yang bergelar "Classroom of the Elite: Year 2" (Bilik Darjah Golongan Elit: Tahun 2) mula diterbitkan pada bulan Januari 2020. Sebuah adaptasi manga manga oleh Yuyu Ichino mula disirikan di Monthly Comic Alive Media Factory pada 27 Januari 2016. Sebuah adaptasi manga siri novel ringan susulan itu yang diilustrasikan oleh Shia Sasane mula disirikan dalam majalah yang sama pada 25 Disember 2021. Sebuah adaptasi siri televisyen anime oleh Lerche mula diudarakan dengan musim pertama pada tahun 2017. Musim kedua diudarakan dari Julai hingga September 2022, manakala musim ketiga akan ditayangkan pada tahun 2023.

Classroom of the Elite

Penyiaran Asal AT-X, Tokyo MX, TV Aichi, KBS, Sun TV, TVQ, BS11
Skrip/Penulis
  • Aoi Akashiro (#1–12)
  • Hayato Kazano (#13–)
Dilesenkan oleh Crunchyroll
Pengarah
Penyiaran bahasa Inggeris
Ilustrasi Shia Sasane
Penerbit Lain
Seven Seas Entertainment
Penerbit Media Factory
Jilid 1 (Senarai jilid-jilid)
Pengarang Shōgo Kinugasa
Studio Lerche
Episod 25 (Senarai episod)
Majalah Asal Monthly Comic Alive
Pencetakan MF Bunko J
Tarikh tayangan 12 Julai 2017 – kini
Demografik Seinen
Genre Debaran psikologi[1] Drama
Lagu/Muzik
Tarikh Pengeluaran 25 Disember 2021 – kini